Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Laluan sempit punca jalan sesak

Laluan sempit punca jalan sesak
Kenderaan terpaksa beratur panjang untuk keluar dari Ampang Pecah dan keadaan bertambah sesak terutama pada waktu puncak.

KUALA KUBU BHARU - Jalan di persimpangan lampu isyarat yang menjadi laluan utama pengguna ke Bukit Fraser dan Ampang Pecah sempit dan lampu isyarat tidak berfungsi dengan baik menyebabkan kerap berlaku kesesakan lalu lintas terutama sekali pada waktu puncak.

Penghulu Mukim Kuala Kubu Bharu/Rasa, Airudin Saranor berkata, laluan di persimpangan itu sempit dan sepatutnya dijadikan dua hala bagi memudahkan lalu lintas.

“Kalau dari Ampang Pecah ke Kuala Kubu Bharu kita terpaksa beratur panjang di persimpangan lampu isyarat itu.

“Lagi-lagi di waktu puncak terutama pagi dan petang. Masa tu ramai yang mahu keluar bekerja dan hantar anak ke sekolah, kita terpaksa keluar awal pagi sedangkan untuk sampai ke Kuala Kubu Bharu dari Ampang Pecah bukannya jauh sangat.

“Banyak masa terbuang hanya terpaksa beratur panjang akibat lampu isyarat di simpang jalan itu.

“Kalau ada dua laluan, dapat juga kesesakan lalu lintas dikurangkan dan lampu isyarat pun cepat sangat bertukar dari merah ke hijau,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, keadaan jalan yang hanya mempunyai satu lorong menghala ke Bukit Fraser turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

“Jalan itu boleh menghala terus ke Bukit Fraser dan ke kanan untuk ke Ampang Pecah.

“Tetapi hanya lorong yang kecil disediakan untuk pengguna ke Ampang Pecah menyebabkan jalan akan sesak.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) harus buat pelebaran jalan untuk memastikan keadaan lalu lintas di situ terkawal dan tidak membebankan pengguna jalan raya,” katanya.

Bagi Abdul Halim Ahmad, 37, berkata, pihaknya berasa tertekan melalui jalan itu kerana laluan yang sempit dan lampu isyarat yang terlalu cepat bertukar hijau.

“Jalan utama tu sepatutnya dibesarkan lagi. Dah lama sangat kami terpaksa melalui jalan yang sempit itu dan keadaan jadi makin sesak ketika waktu pagi dan petang.

“Kalau nak hantar anak ke sekolah pun terpaksa ambil masa lama sedangkan jarak antara rumah ke Ampang Pecah bukan jauh mana pun.

“Diharapkan pihak berwajib mendengar rintihan kami ini dan cari alternatif yang sesuai untuk selesaikan perkara ini,” katanya.


Kemaskini pada 2016-01-15 07:53:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page