
KUALA KUBU BHARU - Penduduk dan pengguna perkhidmatan bas di hentian bas Kuala Kubu Bharu di sini tertekan berikutan terpaksa menahan bau busuk air sisa kumbahan yang melimpah hingga ke permukaan jalan.
Penghulu Kuala Kubu Bharu, Airudin Saranor berkata, keadaan itu cukup menjijikkan di mana keadaan sampah sarap turut terkeluar bersama lebihan sisa kumbahan tersebut.
“Keadaan ini sudah berlanjutan selama beberapa hari, penduduk terutamanya pengguna perkhidmatan bas di sini mula naik rimas dengan keadaan limpahan air busuk ini,” katanya , semalam.
Menurutnya, keadaan itu sudah berlanjutan selama beberapa hari dan berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya.
“Bau busuk lagi kuat bila hari hujan. Harap longkang yang ada di sini dapat diselenggara, lagi cepat lagi bagus,” katanya.
Kemaskini pada 2016-02-04 16:45:54 daripada Administrator