Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Misteri kehilangan Jashiah

Misteri kehilangan Jashiah
Laporan Sinar Harian berkenaan kehilangan Jashiah.

BUKIT BERUNTUNG - Polis Hulu Selangor mengesahkan masih tiada lagi tanda positif berhubung penemuan kehilangan guru besar, Jashiah Rabu, 54, sejak Oktober tahun lalu,  

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, sehingga kini pihaknya masih lagi berusaha menjejaki guru besar itu.

“Setakat hari ini, pencarian masih lagi diteruskan walaupun kita tak buat secara besar-besaran. Kita juga mendapat kerjasama yang baik daripada ahli keluarga Jashiah.

“Penduduk kampung Orang Asli juga masih berusaha menjejaki Jashiah kerana kita percaya Jashiah masih berada di dalam skala pencarian kita,” katanya selepas merasmikan Ops Sikap dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina, Khamis lalu.

Menurutnya, polis juga sentiasa berhubung bagi mengikuti perkembangan kehilangan Jashiah dan mempunyai sistem sendiri untuk membuat hebahan di semua balai.

“Justeru, saya memohon pada orang ramai jika ada maklumat mengenai kehilangan Jashiah ini supaya tampil ke hadapan.

“Kita percaya dia masih ada kerana mengikut maklumat penduduk perkampungan Orang Asli, mereka melihat Jashiah masuk ke hutan tetapi tidak pernah nampak dia keluar.

“Sedaya upaya kita akan cuba cari dan pencarian untuk tujuh kilometer dalam kawasan sekitar masih lagi kita aktifkan,” katanya.

Sementara itu, suami Jashiah, Ruzilan Omar, 58, masih lagi berharap kepulangan isterinya walaupun usaha menjejaki Jashiah hingga kini menemui jalan buntu.

“Suami mana yang tak rindukan isteri. Anak-anak saya pun rindukan ibu mereka," katanya.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga yang lain masih lagi berhubung dan melawat perkampungan Orang Asli tersebut bagi menjejaki isterinya yang dikatakan masih lagi berada di sekitar perkampungan itu.

“Banyak sangat khabar angin yang disebarkan mengenai isteri saya. Tetapi saya yakin dia masih lagi selamat.

“Walaupun masih belum ada petunjuk positif mengenai kehilangan isteri saya, saya dan anak-anak terus berusaha dan berdoa agar satu hari nanti kami sekeluarga dapat bertemu kembali,” katanya.

Jashiah dikatakan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Seruling ketika suaminya mengambil anak mereka di Rawang.


Kemaskini pada 2016-02-22 08:08:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page