RASA - Penduduk rimas dengan kehadiran lembu yang berkeliaran di bahu jalan dan dibimbangi akan membahayakan pengguna jalan raya.

Penghulu Mukim Rasa, Airudin Saranor berkata, perkara itu sudah lama berlarutan dan lembu dibiarkan berkeliaran di bahu jalan tanpa sebarang pengawasan.

“Risau kalau lembu-lembu tu terlepas ke tengah jalan dan membahayakan pengguna jalan raya selain boleh menyebabkan kemalangan.

“Saya pasti lembu itu dibela tetapi jarang nampak penjaga lembu, selalunya lembu tu dibiarkan saja lepas tanpa pengawasan,” katanya.

Menurutnya, pihak yang bertanggungjawab membawa lembu ke bahu jalan itu perlu mengambil langkah sewajarnya dan tidak membiarkan lembu peliharaan mereka bebas.

“Kalau nak bagi lembu tu makan rumput di bahu jalan sekalipun, perlu ada penjaga supaya pengguna jalan raya tak rasa bimbang bila lalu di kawasan itu,” katanya.