Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kecewa panggilan kecemasan dilayan sambil lewa

Kecewa panggilan kecemasan dilayan sambil lewa
Muthu menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat kepada Sinar Harian, kelmarin.

FELDA GEDANGSA -  Penoreh getah, C Muthu Kumaran, 48, kecewa apabila mendakwa tidak mendapat layanan sewajarnya ketika menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan kemudahan ambulan.

Menurutnya, walaupun kejadian berlaku pada Ogos lalu, namun hingga kini dia masih tidak mendapat pembelaan dari mana-mana pihak, berhubung kes anaknya yang lumpuh ketika mahu mendapatkan bantuan ambulan.

“Saya tidak ada kemudahan kereta sendiri untuk ke hospital berdekatan. Dua anak saya iaitu Ravin dan Amutha diserang lumpuh secara tiba-tiba ketika di rumah kami dan saya segera telefon talian kecemasan 999 untuk dapatkan perkhidmatan ambulan.

“Malangnya, penerima panggilan mengatakan kes anak saya bukan kategori kecemasan dan minta saya hantar sendiri ke hospital sedangkan saya tak ada kemudahan kereta sendiri, sebab tu saya mahu gunakan ambulan," katanya.

Muthu berkata, dia bernasib baik apabila jirannya baru pulang dari Kuala Lumpur dan sudi membawa anaknya ke hospital.

“Sampai saja di hospital, kedua-dua anak saya dirawat di bahagian kecemasan selama enam jam.

"Doktor mengatakan tindakan segera saya itu berjaya menyelamatkan nyawa anak saya kerana mereka lumpuh sementara akibat kekurangan garam dalam badan,” katanya.

Pihaknya juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu bagi menuntut bela atas kecuaian pihak yang menerima panggilan kecemasan yang melayan sambil lewa.

“Kalau bukan kes kecemasan, macam mana anak saya perlu dirawat di bahagian kecemasan hingga enam jam dan ditahan di wad beberapa hari?

“Diharap pihak bertanggungjawab lebih peka ketika menerima panggilan dan bertimbang rasa kepada penduduk kampung seperti saya ini,” katanya.

Aduan turut dipanjangkan kepada hospital berdekatan namun hingga kini, katanya hospital masih lagi menjalankan siasatan.


Kemaskini pada 2016-02-22 08:16:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page