Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

6 murid masuk hospital gara-gra makan mi kaca

6 murid masuk hospital gara-gara makan mi kaca
Sirivickneshwaran ketika melawat murid terbabit di Hospital Sungai Buloh, kelmarin.

HULU SELANGOR - Enam murid sebuah sekolah di sini, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh sejak Ahad lalu, dipercayai termakan mi goreng mengandungi kaca.

Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, N Sirivickneshwaran berkata, enam murid berkenaan dikatakan membeli makanan itu di kantin sekolah terbabit, Rabu lalu, sebelum mengalami sakit perut dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh.

"Doktor turut mengesahkan penemuan butiran kaca dalam perut enam murid terbabit dan hingga kini mereka masih lagi berada di hospital mendapatkan rawatan lanjut.

"Semua murid dalam keadaan stabil dan pihak sekolah masih lagi menyiasat punca perkara ini boleh berlaku sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap pengurusan kantin,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, 20 murid lain yang dipercayai turut memakan mi goreng berkenaan dirujuk ke klinik berhampiran di Batang Berjuntai dan hasil pemeriksaan mendapati tiada butiran kaca dalam perut.

Menurutnya, pihak sekolah perlu lebih berhati-hati dalam memilih pengusaha kantin.

"Buat pemeriksaan berkala, pantau operasi pengusaha kantin supaya kejadian sama tak berulang.

"Kebersihan juga perlu dititik beratkan sebab kita sedia maklum kantin saja pilihan murid untuk beli makanan," katanya.

Beliau berkata, pengusaha kantin dinasihatkan lebih berhati-hati dalam menyediakan makanan untuk murid.

"Kita tak pasti macam mana kaca boleh masuk dalam makanan.

"Insiden ini berlaku sengaja atau tidak, di luar pengetahuan kita," katanya.


Kemaskini pada 2016-03-02 18:01:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page