Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Caj tempat letak kereta munasabah

Caj tempat letak kereta munasabah
MDHS juga menafikan dakwaan petak parkir kerap kosong di Kuala Kubu Bharu, sebaliknya pengguna sesuka hati meletakkan kenderaan mereka di tempat tidak sepatutnya.

KUALA KUBU BHARU - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyelar dakwaan sesetengah pihak kononnya pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bersikap keterlaluan dengan mengenakan caj parkir di Kuala Kubu Bharu dan kawasan sekitar.

Yang Dipertua MDHS, Mohd Zain A Hamid menegaskan, caj parkir yang bakal dikenakan bermula April ini tidak membebankan rakyat dan peraturan caj parkir hanya akan dikenakan bermula Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang sahaja.

“Hanya 40 sen untuk satu jam, dan pihak kami sudah pun buat perjanjian dengan syarikat parkir.  Jika kami tak laksana sistem parkir berbayar seperti yang sudah termeterai dalam perjanjian, majlis terpaksa bayar sejumlah ganti rugi yang besar,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga mengeluarkan arahan kepada semua PBT melalui surat bertarikh 28 Jun 2000 berhubung Pemantapan Pentadbiran Penguatkuasaan dan sudah bersetuju supaya Konsep Pemantapan Pentadbiran Penguatkuasaan Kutipan Hasil Tempat Letak Kereta secara pengambilalihan yang dikemukakan pemegang konsesi diluluskan dan dilaksanakan PBT.

“MDHS sudah pun menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat konsesi parkir bermula Ogos 1999 bagi tempoh 20 tahun.

“Pihak kami dah dapat kuasa perundangan untuk melaksanakan sistem letak kereta berbayar melalui pewartaan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MDHS) 2007,” katanya.

Bagaimanapun, selepas 17 tahun berlalu, MDHS masih belum dapat melaksanakan sistem terbabit sehingga kini.

“Sejak sekian lama MDHS tanggung kos perkhidmatan pembersihan di kawasan komersial ini sebanyak RM146,100 sebulan.  

“Kos ini tidak lagi mampu ditanggung pembayar cukai taksiran kerana kos penyelenggaraan makin meningkat dari tahun ke tahun sedangkan kadar cukai taksiran tak pernah naik dan masih mengikut aras nilaian tahun 1996,” katanya.

Mohd Zain berkata, petak parkir yang terlibat di Kuala Kubu Bharu hanyalah 538 petak berbanding 875 petak yang ada.

"Sementara itu di Batang Kali hanya 1,649 petak sahaja dikenakan bayaran berbanding jumlah keseluruhan petak yang ada sebanyak 2,569.

“Manakala di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung pula hanya 1,920 petak berbanding 2,680 petak yang ada. Jumlah petak dikenakan bayaran adalah dinilai berdasarkan kadar penggunaan melebihi 50 peratus," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut kecewa apabila Kuala Kubu Bharu digelar sebagai pekan koboi.

“Ini kerana sejak 10 tahun kebelakangan ini pelbagai usaha dilakukan MDHS bagi menepis imej pekan koboi tersebut.

“Kuala Kubu Bharu juga diiktiraf sebagai Warisan Bandar Taman yang juga Bandar Terancang Pertama dirancang oleh Perancang Bandar di Malaysia selain dicalonkan dalam Program Sustainable Future City oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia,” katanya.


Kemaskini pada 2016-03-15 11:16:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page