Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lemas dalam kolam renang

Lemas dalam kolam renang

Jenazah Putera Uwais Aryan disembahyangkan di Masjid As-Salam sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Beruntung, semalam.
 

BUKIT BERUNTUNG - Seorang kanak-kanak lelaki mati lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah pangsapuri di Taman Bunga Raya, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam kelmarin itu, mangsa, Putera Uwais Aryan Mohd Hanizam Humaizi, 5, ditemukan sudah tidak sedarkan diri oleh penghuni pangsapuri berkenaan yang kebetulan melalui kawasan kolam renang itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, ketika kejadian mangsa mandi di kolam tersebut bersama kakaknya sebelum diberitahu lemas kira-kira jam 6.45 petang.

“Mangsa diberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum dihantar ke klinik swasta berhampiran tetapi klinik tu pula tiada peralatan oksigen.

“Mangsa kemudian dihantar ke sebuah lagi klinik swasta namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik berkenaan. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, seorang penghuni pangsapuri berkenaan, Adzly Hatta Mansor, 36, berkata, dia juga turut cuba menyelamatkan mangsa yang ketika itu sudah nyawa-nyawa ikan.

“Saya nampak dia terapung dan terus angkat dia naik dari kolam. Ketika itu mukanya dah kebiruan dan hidung pula dah berbuih. Saya terus bawa dia naik dan cuba tekan dadanya hingga air keluar dari hidung dan mulut.

“Ketika itu masih ada nadi lagi sebelum dikejarkan ke klinik, tapi sudah ajal, dia kemudian meninggal ketika dalam perjalanan ke klinik,” katanya.

Jenazah kanak-kanak itu kemudian disembahyangkan di Masjid As- Salam, Bukit Sentosa dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Beruntung, semalam.


Kemaskini pada 2016-05-19 16:12:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page