KUALA KUBU BHARU - Seorang ibu merayu anaknya berumur 16 tahun, yang hilang dari rumah mereka di sini, sejak 17 Julai lalu, kembali kepada keluarga.

Masita Abdul Rahman, 33, berkata, Nur Fatihah Nabila Sabri, meninggalkan sepucuk surat meminta maaf kepadanya sebelum meninggalkan rumah.

Katanya, dia meminta anak sulungnya itu balik segera.

“Kalau dia nak kahwin dengan lelaki pilihannya pun, kami terima, tapi baliklah rumah kita dulu,” katanya.

Masita berkata, mereka sudah puas mencari anaknya itu dan percaya dia masih berada di daerah Hulu Selangor.

Dia bimbang tentang keselamatan anak gadisnya itu, apatah lagi jika berada dengan orang tidak dikenali.  

“Zaman sekarang macam-macam boleh jadi. Kami berharap sangatlah dia pulang,” katanya.  

Dia merayu agar sesiapa tahu di mana Nur Fatihah berada menghubunginya di talian 017-3785976.  

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam mengesahkan menerima laporan berkenaan