Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemandu maut 4 penumpang cedera

image

Kuala Kubu Bharu: Pemandu sebuah kereta Perodua Viva maut, manakala empat penumpang lain cedera termasuk dua parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan berhampiran jambatan Sungai Serendah, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.10 pagi apabila kenderaan dari arah Rawang ke Serendah dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, kereta dinaiki semua mangsa terbabas ke bahu jalan sebelah kiri lalu melanggar besi penghadang jalan.

 

“Pemandu Ahmad Nor Hakimi Sayuti, 18, tersepit di tempat duduk dan maut di tempat kejadian, manakala empat lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan.

“Manakala, penumpang wanita Mar Betek, 17, putus pergelangan kaki kanan kini dirawat di Hospital Selayang. Sementara, mangsa lain Muhammad Shahrul Mazlan, 17, patah kaki kiri, manakala dua lagi iaitu Rosnina Roslan, 17, dan Rahim Razali, 18, masing-masing cedera ringan,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 5:46 AM

Kemaskini pada 2016-10-26 12:18:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page