Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Padah naik bertiga

image

Bukit Beruntung: Dua remaja maut, manakala seorang parah apabila motosikal ditunggang bertiga bertembung dengan kereta di persimpangan lampu isyarat Taman Adenium di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku jam 4.53 pagi ketika mangsa yang berusia 16 dan 18 tahun menunggang motosikal Honda EX5 dipercayai sedang menghala ke arah Bukit Sentosa lalu bertembung dengan kereta Toyota Vios.

 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, pertembungan itu menyebabkan motosikal melambung ke kawasan rumput berhampiran longkang besar manakala ketiga-tiga mangsa tercampak ke kiri jalan.

"Dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) sementara seorang lagi pembonceng dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

"Mangsa yang maut dikenali sebagai J Jeganraj dan K Sasi Dharan, manakala yang cedera Arun," katanya.

Beliau berkata, pemandu kereta Vios turut mengalami kecederaan ringan dan kereta dipandu rosak teruk pada bahagian hadapan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2016 @ 10:25 AM

Kemaskini pada 2016-10-26 12:28:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page