Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kaji aliran air bawah tanah

image

KRONOLOGI TANAH RUNTUH DI SERENDAH

5 petang, 26 Nov

 

JKR sudah memasang kanvas di kawasan berisiko tinggi berhampiran rumah terjejas akibat tanah runtuh di Jalan Melati, Taman Idaman, pada 4 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata JKR juga bercadang memasang cerucuk besi bagi menyokong struktur tanah.

"JKR sedang menganalisa keadaan pergerakan tanah dan aliran air bawah tanah,” katanya.

2 petang, 26 Nov

SEMUA 340 penghuni daripada 64 rumah di Taman Idaman, Serendah sudah berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan R Supramanian, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang membuat penilaian semula di lokasi tanah runtuh bagi mengenalpasti langkah segera yang perlu diambil.

"Kita turut menempatkan anggota polis dan RELA bagi memantau keadaan di rumah sebagai jaminan keselamatan barang yang ditinggalkan," katanya pada sidang media.

Beliau berkata, perkembangan mengenai kejadian akan dilaporkan dari semasa ke semasa dan sidang media seterusnya pada 4 petang.

11.45 pagi, 26 Nov

POLIS memberi tempoh hingga 1. 45 petang kepada 64 pemilik rumah di Taman Idaman, Serendah, lokasi berlakunya tanah runtuh untuk berpindah berikutan ia sudah ditetapkan sebagai zon merah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, kejadian dipercayai berpunca daripaa aliran air bawah tanah yang deras.

"Kawasan beradius lima hingga enam meter ini sudah diisytiharkan sebagai zon merah dan pergerakan tanah masih berlaku selain peningkatan aliran air bawah tanah.

"Oleh itu, kami meminta kerjasama semua penduduk untuk berpindah sebelum 1. 45 petang ini," katanya pada sidang media.

Katanya, 11. 45 pagi, hanya 10 peratus daripada 304 penghuni di kawasan ini yang akur pada arahan perpindahan ke Sekolah Rendah Agama Serendah.

8.30 pagi, 26 Nov

LEBIH 150 penghuni rumah di Taman Idaman sudah diarahkan untuk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Kamil Hamadan, berkata disebabkan masih ada pergerakan tanah di lokasi kejadian, semua penduduk sudah diarahkan berpindah.

Katanya, kawasan kejadian seluas 1.2 hektar itu sudah runtuh 50 meter ke bawah.

"Operasi mencari dan menyelamat sudah dijalankan di lokasi kejadian bermula 6. 45 pagi dan selepas membuat pencarian lebih sejam, tiada mangsa ditemui.

"Sebagai langkah pencegahan semua penduduk yang berada di zon merah iaitu empat lorong rumah kediaman bertentangan dengan lokasi kejadian sudah diarahkan berpindah," katanya kepada Harian Metro.

1 pagi, 26 Nov

LEBIH 10 kenderaan dan deretan kedai serta gerai makan menggelongsor jatuh ke lereng bukit sedalam kira-kira 20 meter akibat kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah.

Dalam kejadian itu, hanya penungggang motosikal patah kaki sejurus jalan dilalui sepanjang hampir 50 meter runtuh mendadak.

Kejadian menyebabkan kenderaan milik penduduk yang diparkir di kiri kanan jalan turut bergolek ke bawah bukit selain ditimbus tanah runtuh.

Susulan kejadian itu sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu dan Rawang dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke lokasi bagi mengawal keadaan serta menghalang penduduk menghampiri lokasi tragedi.

Sehingga ini, anggota bomba masih meneruskan usaha memantau kawasan runtuhan selain memeriksa lokasi tebing runtuh bagi mengesan sekiranya terdapat mangsa yang terperangkap.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2016 @ 6:28 PM

Kemaskini pada 2016-11-28 08:43:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page