Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Syukur bantuan tak putus

image

Hulu Selangor: Briged sukarelawan Media Prima Berhad (MPB) dan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) semalam tampil menyalurkan bantuan makanan kepada 34 keluarga mangsa tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini.

Bantuan menerusi Tabung Bencana MPB-NSTP dengan kerjasama pasar raya hiper GIANT itu hasil sumbangan orang ramai untuk mangsa bencana dan petugas yang menginap di pusat pemindahan di Sekolah Rendah Agama (SRA) Serendah.

Wakil penduduk, Mohd Ramlan Mohd Amin, 51, berkata, mereka bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan makanan yang tidak putus-putus diterima.

 

“Bantuan yang disalurkan Media Prima dan NSTP mencukupi. Kami menghargai keprihatinan syarikat swasta seumpama ini yang turut tidak pernah melupakan nasib mangsa bencana.

“Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan semua agensi keselamatan berkaitan menjaga kami dengan baik sejak hari pertama kejadian,” katanya.

Isnin lalu, sumbangan beg keperluan asas seperti berus gigi dan lampu suluh disumbangkan melalui tabung sama dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2016 @ 7:54 AM

Kemaskini pada 2016-12-07 08:10:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page