Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Polis nafi cubaan culik murid tahun satu di SJKC

image

Kuala Kubu Bharu: Polis menafikan berlaku cubaan culik murid perempuan tahun satu di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah ini yang tular di laman sosial sejak petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, kejadian yang didakwa berlaku jam 1.30 tengah hari itu hanya salah faham ibu bapa murid terbabit sehingga mendorong mereka membuat laporan polis.

“Kami menerima laporan bapa murid itu dan sudah menjalankan siasatan. Hasil siasatan mendapati, kejadian itu tidak berlaku sebaliknya kekeliruan kerana mangsa baru bersekolah di sekolah itu,” katanya, semalam.

 

Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, bapa mangsa mendakwa anaknya cuba diculik dua lelaki tidak dikenali yang menaiki Perodua Myvi berhampiran sekolah itu.

Bagaimanapun, katanya, siasatan mendapati kereta itu dinaiki empat lelaki yang bertanyakan jam berapa kelas wushu tamat.

“Anak pengadu menangis kerana menunggu bapanya yang lewat menjemputnya.

“PDRM menempatkan seorang pegawai polis (Pegawai Seranta Sekolah) di setiap sekolah yang bertanggungjawab membuat lawatan berkala dan berkongsi maklumat dengan cikgu sekolah berkaitan,” katanya.

Sementara itu, ibu pelajar terbabit, Nurain Yahya, 20-an berkata, laporan polis yang dibuat suaminya hanya untuk tujuan keselamatan kerana bimbang perkara terbabit menimpa anak mereka.

Katanya, semua yang direkodkan adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada anaknya yang kelihatan takut ketika kejadian terbabit berlaku.

Namun Nurain bersyukur kerana anaknya selamat dan menasihatinya supaya tidak mengikut mana-mana individu tidak dikenali.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 5:17 AM

Kemaskini pada 2017-01-10 18:13:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page