Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 11 pagi tadi dari polis dalam usaha membantu mencari dan menyelamat mangsa.

Menurutnya, dapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Waja yang terbabas melanggar pembahagi jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak ke dalam sungai.

“Usaha mencari berjaya menemukan mayat mangsa di perangkap sampah di perkampungan orang asli dalam jarak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 4 petang tadi.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.