Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kejang di Rajah

image

Kuala Kubu Bharu: “Sebelum kejadian, kaki sebelah kanan saya kejang dulu namun saya teruskan mendaki dan sebelah kiri pula kejang sebelum tiba-tiba pinggang pula sakit diikuti sesak nafas,” kata Mohd Faiz Mustapha, 30, menceritakan detik diserang kejang otot dan sesak nafas ketika berada di puncak Gunung Rajah, kelmarin.

Dia yang mendaki gunung itu bersama 21 rakan lain yang juga anggota tentera dari Kem Kementah Kuala Lumpur pagi kelmarin mengalami masalah pernafasan ketika tiba di puncak gunung pada tengah hari.


Ketiadaan peralatan keselamatan memaksa kumpulan itu meminta bantuan bomba untuk operasi menyelamat.

“Sepanjang berada di puncak gunung itu memang tidak ada rawatan dan saya hanya tahan kesakitan.

“Kawan-kawan juga membantu tetapi saya masih tak mampu bergerak,” katanya.

Menurutnya, pendakian bersama rakan-rakan itu bukan secara rasmi sebaliknya sekadar mengisi aktiviti hujung minggu.

Katanya, pada awalnya mereka mendaki serentak, namun terpaksa dipecahkan kepada dua pasukan sebelum dikecilkan lagi selepas dia mengalami kekejangan itu.

“Ketika kejadian tujuh rakan lain ada bersama saya dan mereka yang memberikan bantuan manakala selebihnya turun lebih awal.

“Pasukan lain tak dapat beri bantuan sebab mereka berada di bahagian bawah yang jaraknya mengambil masa tiga jam untuk sampai ke puncak,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, operasi menyelamat dilakukan 14 anggota selepas menerima panggilan jam 1.19 tengah hari kelmarin.

“Mangsa dibawa turun jam 7 pagi semalam dalam keadaan selamat sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB),” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2017 @ 7:24 AM


Kemaskini pada 2017-02-15 08:26:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page