Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Ajal balik dari perlawanan

image

Kuala Kubu Bharu: Pekerja pendawaian elektrik maut dirempuh kereta ketika berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 410 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan susur masuk Plaza Tol Lembah Beringin di sini, 2 pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Mohd Faris Nurazman Amrullah, 22, dalam perjalanan pulang selepas menonton perlawanan bola sepak antara Perak dan Johor DT di Stadium Ipoh, malam tadi.

 

Kemalangan itu turut mencederakan bapa saudara mangsa manakala empat rakannya yang lain selamat.

Menurut seorang rakan mangsa dikenali sebagai Syamim, 22, mereka yang menaiki Toyota Hilux berhenti di lorong itu kerana mengalami kerosakan sebelum dirempuh Honda Accord dari arah belakang.

Katanya, kejadian berlaku pantas dan keadaan menimpa Mohd Faris mengejutkan mereka.

"Dalam keadaan cemas, kami tidak sedar Faris tercampak di depan dalam keadaan menyayat hati dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Saya kemudian terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), hari ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2017 @ 1:25 PM

Kemaskini pada 2017-02-20 09:21:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page