![]() | Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor Selangor menyambut satu lagi detik penuh bersejarah iaitu Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang dijadual berlangsung lebih sebulan mulai 28 September hingga 1 November dengan beberapa program dan majlis rasmi disusun untuk rakyat diadakan secara sederhana. Bagi membolehkan rakyat bersama-sama meraikan ulang tahun pemerintahan Baginda, Kerajaan Negeri turut menetapkan 25 Oktober* sebagai hari kelepasan am bagi seluruh Selangor. Memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad, maka hari berikutnya Isnin 26 Oktober ditetapkan sebagai hari kelepasan am gantian. *Artikel penuh: https://mediaselangor.com/ms/2026/09/395140 Ikuti media rasmi: | |
Video Promosi Jubli Perak I | Video Promosi Jubli Perak II | Video Promosi Jubli Perak III |
Video Salasilah | Video Ziarah Makam | Video Pelancaran Buku Lakaran Indah SUK |
| Video 29 Oktober 2026: Program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertemakan “Legasi Kesultanan Selangor dalam Memperkasa Islam di Alam Melayu” berlangsung pada 28-29 Oktober 2026 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam | ||
| Video 28 Oktober 2026: Program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertemakan “Legasi Kesultanan Selangor dalam Memperkasa Islam di Alam Melayu” berlangsung pada 28-29 Oktober 2026 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam | ||
Video Ringkasan Istiadat | Video ringkasan dari Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama, Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato' Diraja Selangor, Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor | |
Video 25 Oktober 2026: Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama, Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato' Diraja Selangor, Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor Istiadat diadakan pada 25 Oktober 2026 di Istana Alam Shah, Klang | ||
Video: Forum Perdana Ehwal Islam Khas 22 Oktober Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, marilah bersama-sama menghayati pengisian ilmu menerusi Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Raja Berdaulat Memayungi Umat” anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Kupasan istimewa membicarakan peranan institusi diraja dalam memayungi umat Islam bersama barisan panel yang berwibawa. Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis) Siaran langsung di TV1, RTM pada jam 9.00 malam. | ||
| Video: Majlis Pelancaran Buku Menjulang Takhta, Sampul Surat Hari Pertama, Setem dan Syiling Khas 19 Oktober 2026 Detik bersejarah sempena Jubli Perak pemerintahan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dengan pelancaran buku Menjulang Takhta, setem dan sampul surat hari pertama serta syiling khas. Video majlis: https://youtu.be/ySa-AfQhgnQ Setem & Sampul Surat Hari Pertama ![]() | |
Video: Majlis Bacaan Yasin dan Khutbah Jumaat Khas 2 Oktober 2026 >Ikuti video rakaman Majlis Bacaan Yasin dan Khutbah Khas pada 2 Oktober 2026 >Rujuk penerbitan Khutbah bertajuk Dari Takhta Ke Hati Rakyat, 25 Tahun Menjunjung Daulat di Laman E-Khutbah | ||
![]() Video Promosi Piala Jubli Perak | Kejohahan Bola Sepak - Piala Jubli Perak DYMM Sultan Selangor Sebanyak 48 pasukan sekolah bakal berentap merebut kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Piala Jubli Perak sempena Sambutan Jubli Perak, 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Kejohanan itu diadakan atas titah Tuanku Sultan Selangor dan dianjurkan seperti Piala Dato' Mokhtar Dahari yang diadakan setiap tahun. -Ikuti maklumat lanjut dan jadual perlawanan di laman web rasmi kejohanan: https://pdmd.my -Artikel berita Media Selangor: https://mediaselangor.com/ms/2026/09/395639 | |
![]() | Larian Kita Jubli Perak Acara Larian Kita Jubli Perak | |