Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

image

Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor

Selangor menyambut satu lagi detik penuh bersejarah iaitu Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang dijadual berlangsung lebih sebulan mulai 28 September hingga 1 November dengan beberapa program dan majlis rasmi disusun untuk rakyat diadakan secara sederhana.

Bagi membolehkan rakyat bersama-sama meraikan ulang tahun pemerintahan Baginda, Kerajaan Negeri turut menetapkan 25 Oktober* sebagai hari kelepasan am bagi seluruh Selangor. Memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad, maka hari berikutnya Isnin 26 Oktober ditetapkan sebagai hari kelepasan am gantian.

*Artikel penuh: https://mediaselangor.com/ms/2026/09/395140

Ikuti media rasmi:
Facebook Selangor Royal Office: https://www.facebook.com/selangorroyaloffice
Facebook Pejabat SUK: https://www.facebook.com/pejabatsukselangor
Facebook Media Selangor: https://www.facebook.com/MediaSelangor

Video Promosi Jubli Perak I

Video Promosi Jubli Perak II

Video Promosi Jubli Perak III

Video Salasilah

Video Ziarah Makam

Video Pelancaran Buku Lakaran Indah SUK

Video 29 Oktober 2026: Program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertemakan “Legasi Kesultanan Selangor dalam Memperkasa Islam di Alam Melayu” berlangsung pada 28-29 Oktober 2026 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam

Video 28 Oktober 2026: Program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertemakan “Legasi Kesultanan Selangor dalam Memperkasa Islam di Alam Melayu” berlangsung pada 28-29 Oktober 2026 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam

Video Ringkasan Istiadat

Video ringkasan dari Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama, Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato' Diraja Selangor, Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor

Video 25 Oktober 2026: Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama, Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato' Diraja Selangor, Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor 
Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya

Istiadat diadakan pada 25 Oktober 2026 di Istana Alam Shah, Klang

Video: Forum Perdana Ehwal Islam Khas 22 Oktober

Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, marilah bersama-sama menghayati pengisian ilmu menerusi Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Raja Berdaulat Memayungi Umat” anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Kupasan istimewa membicarakan peranan institusi diraja dalam memayungi umat Islam bersama barisan panel yang berwibawa.

Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 8.00 malam - 10.30 malam
Tempat: Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Siaran langsung di TV1, RTM pada jam 9.00 malam.


Video Montaj

Video: Majlis Pelancaran Buku Menjulang Takhta, Sampul Surat Hari Pertama, Setem dan Syiling Khas 19 Oktober 2026

Pelancaran Buku Menjulang Takhta, Sampul Surat Hari Pertama, Setem dan Syiling Khas
Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor 2001-2026
pada 19 Oktober 2026 di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam

Detik bersejarah sempena Jubli Perak pemerintahan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dengan pelancaran buku Menjulang Takhta, setem dan sampul surat hari pertama serta syiling khas.
Sebuah rakaman sejarah, lambang kedaulatan dan warisan Kesultanan Selangor yang terus dijunjung sepanjang 25 tahun pemerintahan Baginda.

Video majlis: https://youtu.be/ySa-AfQhgnQ
Video montaj : https://youtu.be/QvCPnPdyrc8

Setem & Sampul Surat Hari Pertama
Dengan kerjasama Pos Malaysia, dapatkan setem dan sampul surat hari pertama khas di Biro Filateli, 13 Pejabat Pos Besar dan Pejabat Pos terpilih seluruh negara bermula 20 Oktober 2026
atau secara Pos Online: https://shop.pos.com.my/jubli-perak-pemerintahan-dymm-sultan-selangor-folder-set.html

image

Video: Majlis Bacaan Yasin dan Khutbah Jumaat Khas 2 Oktober 2026

>Ikuti video rakaman Majlis Bacaan Yasin dan Khutbah Khas pada 2 Oktober 2026
Sumber Youtube Masjid Negeri Selangor

>Rujuk penerbitan Khutbah bertajuk Dari Takhta Ke Hati Rakyat, 25 Tahun Menjunjung Daulat di Laman E-Khutbah

image

Video Promosi Piala Jubli Perak

Kejohahan Bola Sepak - Piala Jubli Perak DYMM Sultan Selangor
*Perlawanan akhir pada 21 November 2026 jam 2.30 petang di Stadium MBPJ

Sebanyak 48 pasukan sekolah bakal berentap merebut kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Piala Jubli Perak sempena Sambutan Jubli Perak, 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Kejohanan itu diadakan atas titah Tuanku Sultan Selangor dan dianjurkan seperti Piala Dato' Mokhtar Dahari yang diadakan setiap tahun.

-Ikuti maklumat lanjut dan jadual perlawanan di laman web rasmi kejohanan: https://pdmd.my

-Artikel berita Media Selangor: https://mediaselangor.com/ms/2026/09/395639

image

Larian Kita Jubli Perak 
Tarikh: 13 Disember 2026* (tarikh baharu akibat cuaca jerebu)
Masa: 4.30 pagi - 12 tengah hari
Tempat mula: Akan dimaklumkan Dataran Klang /Padang Chetty, Klang
Tempat penamat: Akan dimaklumkan Stadium Sultan Suleiman, Klang

Acara Larian Kita Jubli Perak 
Pendaftaran dan tiket melalui laman Racexasia telah ditutup.
>Sumber Facebook Larian Kita: https://www.facebook.com/p/Larian-KITA-61568512533638

Diterbitkan pada September 11, 2026