Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Jumaat, 23 Oktober 2026 | 10 Jamadil Awal 1448H | 20:32
BMEN
T
FAQ
Contact Us
Feedback
Sitemap
Negeri Selangor Logo

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

#KitaSelangor Maju Bersama

Acara Oktober-Disember Selangor 2026

Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor

Selangor bakal menyambut satu lagi detik penuh bersejarah iaitu Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang dijadual berlangsung lebih sebulan mulai 28 September hingga 1 November dengan beberapa program dan majlis rasmi disusun untuk rakyat diadakan secara sederhana.

Bagi membolehkan rakyat bersama-sama meraikan ulang tahun pemerintahan Baginda, Kerajaan Negeri turut menetapkan 25 Oktober* sebagai hari kelepasan am bagi seluruh Selangor. Memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad, maka hari berikutnya Isnin 26 Oktober ditetapkan sebagai hari kelepasan am gantian.

*Artikel penuh: https://mediaselangor.com/ms/2026/09/395140

Ikuti media rasmi:
Facebook Selangor Royal Office: https://www.facebook.com/selangorroyaloffice
Facebook Pejabat SUK: https://www.facebook.com/pejabatsukselangor
Facebook Media Selangor: https://www.facebook.com/MediaSelangor

image

Forum Perdana Ehwal Islam Khas 22 Oktober

Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, marilah bersama-sama menghayati pengisian ilmu menerusi Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Raja Berdaulat Memayungi Umat” anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Kupasan istimewa bakal membicarakan peranan institusi diraja dalam memayungi umat Islam bersama barisan panel yang berwibawa.

Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 8.00 malam - 10.30 malam
Tempat: Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Siaran langsung di TV1, RTM pada jam 9.00 malam.

Ayuh bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu ini bagi memperkukuh kefahaman tentang kedaulatan Raja dan peranannya dalam memayungi umat Islam.

Daulat Tuanku! 

Video Majlis Bacaan Yasin dan Khutbah Jumaat Khas

>Ikuti video rakaman Majlis Bacaan Yasin dan Khutbah Khas pada 2 Oktober 2026
Sumber Youtube Masjid Negeri Selangor

>Rujuk penerbitan Khutbah bertajuk Dari Takhta Ke Hati Rakyat, 25 Tahun Menjunjung Daulat di Laman E-Khutbah

image

Piala Jubli Perak DYMM Sultan Selangor
*Bermula 6 Oktober (Jadual dikemaskini)

Sebanyak 48 pasukan sekolah bakal berentap merebut kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Piala Jubli Perak sempena Sambutan Jubli Perak, 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Kejohanan itu diadakan atas titah Tuanku Sultan Selangor dan dianjurkan seperti Piala Dato' Mokhtar Dahari yang diadakan setiap tahun.

-Ikuti maklumat lanjut dan jadual perlawanan di laman web rasmi kejohanan: https://pdmd.my

-Artikel berita Media Selangor: https://mediaselangor.com/ms/2026/09/395639

image

Larian Kita Jubli Perak 
Tarikh: 13 Disember 2026* (tarikh baharu akibat cuaca jerebu)
Masa: 4.30 pagi - 12 tengah hari
Tempat mula: Akan dimaklumkan Dataran Klang /Padang Chetty, Klang
Tempat penamat: Akan dimaklumkan Stadium Sultan Suleiman, Klang

Acara Larian Kita Jubli Perak 
Pendaftaran dan tiket melalui laman Racexasia telah ditutup.
>Sumber Facebook Larian Kita: https://www.facebook.com/p/Larian-KITA-61568512533638

image

Forum Perdana Ehwal Islam Khas 22 Oktober

Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, marilah bersama-sama menghayati pengisian ilmu menerusi Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Raja Berdaulat Memayungi Umat” anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Kupasan istimewa bakal membicarakan peranan institusi diraja dalam memayungi umat Islam bersama barisan panel yang berwibawa.

Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 8.00 malam - 10.30 malam
Tempat: Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Siaran langsung di TV1, RTM pada jam 9.00 malam.

Ayuh bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu ini bagi memperkukuh kefahaman tentang kedaulatan Raja dan peranannya dalam memayungi umat Islam.

Daulat Tuanku! 

image

Piala Jubli Perak DYMM Sultan Selangor
*Tarikh bermula 6 - 31 Oktober (Jadual dikemaskini di laman web kejohanan)

Sebanyak 48 pasukan sekolah bakal berentap merebut kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Piala Jubli Perak sempena Sambutan Jubli Perak, 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Kejohanan itu diadakan atas titah Tuanku Sultan Selangor dan dianjurkan seperti Piala Dato' Mokhtar Dahari yang diadakan setiap tahun.

-Ikuti maklumat lanjut dan jadual perlawanan di laman web rasmi kejohanan: https://pdmd.my

-Artikel berita Media Selangor: https://mediaselangor.com/ms/2026/09/395639

Acara lalu 
image

Selangor International Business Summit 2026

Sertai kemeriahan acara perniagaan terbesar di Selangor International Business Summit 2026:

Tarikh: 14-17 Oktober 2026
Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre

Terdapat 7 komponen utama kali ini:
-Selangor Investment & Industrial Park Expo (SPARK)
-Selangor ASEAN Business Conference (SABC)
-Selangor Career Outreach Talent Expo (SCOUT)
-Selangor Investment Forum (SIF)
-Selangor AI & Semiconductor Summit (AISEM@Selangor)
-Selangor International Care Expo (SICE)
-Selangor Techsphere Summit (STS)

Maklumat lanjut ikuti media rasmi:
Laman web: www.selangorsummit.com
Facebook: https://www.facebook.com/selangorsummit

image

Simposium Metamorfosis
Tarikh: 12-16 Oktober 2026
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Foyer, Bangunan SSAAS, Shah Alam

Pameran projek inovasi Negeri Selangor

image
Karnival Kerjaya Jobcare
Tarikh: 11 Oktober 2026
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam
image

Selangor Mega Food Fest

Ayuh raikan kepelbagaian, budaya dan vibes Selangor dalam satu festival yang penuh dengan makanan, aktiviti & pengalaman menarik! 

Tarikh: 2 - 4 Oktober 2026
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: MITSUI Outlet Park KLIA Sepang

*Pelancaran kempen “Signature Selangor” pada 4 Oktober jam 9 malam di Youtube
     

Ikuti media rasmi Tourism Selangor:
Website: https://selangor.travel
Facebook Tourism Selangor: https://www.facebook.com/tourismselangor
Youtube Tourism Selangor: https://www.youtube.com/@tourismselangor

image

Grand Prix Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Tarikh: 2 - 4 Oktober 2026
Tempat: SIC Sepang

>Youtube @Formula1: https://www.youtube.com/@Formula1/videos

Tourism Selangor menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sempena Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi mengetengahkan produk makanan, kebudayaan dan pelancongan negeri. Kerjasama dengan Mitsui Outlet Park KLIA Sepang dan IOI City Mall bagi memanfaatkan kehadiran pengunjung ke acara sukan antarabangsa itu. 

image
image

Pavilion Selangor Di Citrawarna Speed Festival

Tarikh: 23 September - 4 Oktober 2026
Tempat: IOI Mall Putrajaya

>Facebook Citrawarna: https://www.facebook.com/CitrawarnaMalaysia

Tourism Selangor menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sempena Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi mengetengahkan produk makanan, kebudayaan dan pelancongan negeri. Kerjasama dengan Mitsui Outlet Park KLIA Sepang dan IOI City Mall bagi memanfaatkan kehadiran pengunjung ke acara sukan antarabangsa itu. Kunjungi juga Pavilion Tourism Selangor yang turut mengambil bahagian dalam Citrawarna Speed Festival yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya.

image
image

Festival Seni & Kebudayaan Klang

Tarikh: 3 - 4 Oktober 2026
Tempat: Laman Seni Safari, Klang

>Facebook JKKN: https://www.facebook.com/jkknselangor.ku

Orang ramai dijemput memeriahkan festival seni budaya yang menghimpunkan khazanah bangsa.
Bersama kita hargai, pelihara dan semarakkan seni warisan tempatan demi generasi masa depan.

-ZON MAKANAN & KULINARI (SYURGA MAKANAN KLANG)
• Pesta Sambal @ Klang
• Pesta Kopi @ Klang
• Pesta Cendol @ Klang
• Pesta Makanan Tradisional @ Klang
• Pesta Lontong @ Klang

-AKTIVITI & PERTANDINGAN WARISAN
• Langkah Budaya @ Royal Klang Town Heritage Walk
• Pertandingan Busana @ Royal Klang Town Heritage Walk
• Pameran & Permainan Sukan Tradisional
• Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
• Promosi Pelancongan Klang

-SENI, BUDAYA & WARISAN
• Pertunjukan Persembahan Pantulan Cahaya 3D
• Pameran Kebudayaan dan Seni Kraf
• Persembahan Kebudayaan Pelbagai Kaum
• Persembahan Seni Mempertahankan Diri

-HIBURAN & JUALAN
• Promosi Penjualan IKS Klang
• Persembahan Artis & Persembahan KOMBO MBDK

-Sedang dikemaskini-

image

Karnival Ban Canal 2026
Tarikh: 6 - 8 November 2026
Tempat: Ban Canal Parit 14, Simpang Lima, Sabak Bernam

Ikuti media Tourism Selangor:
-Website: selangor.travel
-Facebook: https://www.facebook.com/TourismSelangor

image

Konvensyen Baitulmal Nusantara 2026

Tarikh: 10 - 12 November 2026
Tempat: Hotel Concorde Shah Alam
Pautan Pendaftaran dan bayaran: https://akmal.mais.gov.my
Tarikh tutup penyertaan: 23 Oktober 2026

Majlis Agama Islam Selangor menganjurkan Konvensyen Baitulmal Nusantara 2026 (KBN 2026) dengan tema “Memperkasa Amanah, Membangun Kekayaan, Memakmur Ummah”. KBN 2026 sebagai wadah ilmiah dan strategik yang menghimpunkan para ilmuwan, pembuat dasar, badan berautoriti, institusi kewangan Islam serta pemain industri dari seluruh rantau Nusantara untuk memperkukuh kerangka pemikiran Syariah dalam landskap kehartaan masa kini. Daftar segera, tempat adalah terhad.

Ikuti media:
-Akademi Baitulmal MAIS : https://akmal.mais.gov.my
-Website MAIS: https://www.mais.gov.my
-Facebook MAIS: https://www.facebook.com/maiselangor

image

Raja Muda Selangor International Regatta
Tarikh: 13 - 21 November 2026
Klang > Pangkor > Penang > Langkawi

Ikuti media RMSIR:
-Website: www.rmsir.com
-Facebook: https://www.facebook.com/rmsir

image
Pesta Buku Antarabangsa Selangor
Tarikh: 27 November - 6 Disember 2026
Tempat: Setia City Convention Centre (Hall 1 & 2), Shah Alam

Ikuti media SIBF: 
-Website: sibf.my
-Facebook: Facebook SIBF
image
Pesta Buku Antarabangsa Selangor
Tarikh: 27 November - 6 Disember 2026
Tempat: Setia City Convention Centre (Hall 1 & 2), Shah Alam

Ikuti media SIBF: 
-Website: sibf.my
-Facebook: Facebook SIBF
image

Larian Kita Jubli Perak 
Tarikh: 13 Disember 2026* (tarikh baharu akibat cuaca jerebu)
Masa: 4.30 pagi - 12 tengah hari
Tempat mula: Akan dimaklumkan Dataran Klang /Padang Chetty, Klang
Tempat penamat: Akan dimaklumkan Stadium Sultan Suleiman, Klang

Acara Larian Kita Jubli Perak 
Pendaftaran dan tiket melalui laman Racexasia telah ditutup.
>Sumber Facebook Larian Kita: https://www.facebook.com/p/Larian-KITA-61568512533638

Diterbitkan pada Oktober 3, 2026