
Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Tahun 2026 dibuka!
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bantuan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah. Bantuan ini khusus untuk pelajar tahun pertama yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan, dari peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda.
Tarikh Permohonan: 15 Mac 2026 - 14 April 2026
Sila imbas kod QR tertera untuk semakan syarat permohonan dan pendaftaran.
atau pautan berikut:
-Pendaftaran permohonan: http://ehpipt.selangor.gov.my/hpipt/register
-Syarat Permohonan: https://danapendidikan.selangor.gov.my/syarat-syarat-hpipt
Untuk pertanyaan sila hubungi urus setia:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor
Telefon: 03-55212515
#HPIPT2026