![]()
| Banci Ekonomi 2026 (BE2026) sedang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dari Januari hingga Oktober di seluruh negara dijangka menyediakan data penting bagi membantu kerajaan menggubal dasar berasaskan bukti serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan. Sokongan semua pihak di Negeri Selangor amatlah dihargai bagi memastikan data yang dikumpul adalah tepat dan menyeluruh. Pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Selangor akan turun padang ke semua jenis pertubuhan dan perniagaan. |