![]() | Sertai Soal Selidik Kepuasan Pelanggan ICT Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sedang menjalankan Soal Selidik Kepuasan Pelanggan bagi Kemudahan dan Perkhidmatan ICT bermula 28 April hingga 8 Mei 2026. Para pelanggan termasuk orang ramai dijemput untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi soal selidik ini sebagai maklum balas terhadap kemudahan dan perkhidmatan ICT yang disediakan. Segala pandangan dan cadangan yang diberikan amat dihargai dan akan digunakan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan pada masa akan datang. >>Soal selidik boleh diakses melalui pautan berikut: https://ls.selangor.my/9LHB95 Kerjasama dan bantuan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. |