Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Selasa, 5 Mei 2026 | 17 Zulkaedah 1447H | 19:46
BMEN
T
FAQ
Contact Us
Feedback
Sitemap
Negeri Selangor Logo

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

#KitaSelangor Maju Bersama

Permohonan Insentif Haji Muassasah Selangor 2026

image

Permohonan Insentif Haji Muassasah Selangor 2026

Info
Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan Program Insentif Haji Muassasah Selangor buat rakyat Selangor yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun 2026. Setiap jemaah akan menerima RM1,500 iaitu peningkatan dari jumlah RM1,000 pada tahun lalu. 
Semoga dapat membantu dalam perjalanan mengerjakan ibadah haji ke Baitullah.

Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2022 oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI, insentif ini telah memanfaatkan seramai 18,000 jemaah haji muassasah dari Selangor, iaitu 3,000 jemaah masing-masing pada tahun 2022 dan 2023, dan 6,000 jemaah masing-masing pada tahun 2024 dan 2025.

Bagi tahun 2026, pelaksanaan insentif ini telah diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2026 dengan peruntukan RM9 juta.

Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan insentif dibuka mulai 23 Februari 2026 sehingga 15 Julai 2026

Syarat Kelayakan
1. Pemohon merupakan jemaah haji muassasah yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji pada tahun 2026
2. Pemohon adalah pengundi di Negeri Selangor

Cara Memohon
Pemohon boleh memohon di Pusat Khidmat Masyarakat ataupun Pejabat Penyelaras DUN terdekat dengan membawa dokumen berikut:
1. Jadual penerbangan Haji Muassasah tahun 2026 dengan paparan KOD MUAS, dan
2. Salinan bercetak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tertera nama pemohon adalah pengundi di Selangor


Diterbitkan pada April 27, 2026