Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MBSA edar 550 topi keledar percuma

SHAH ALAM, 14 JUL: Dalam usaha mendidik orang ramai mementingkan keselamatan jalan raya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan Kempen Selamat Balik Kampung dengan mengedarkan 500 topi keledar dewasa dan 50 topi keledar kanak-kanak percuma.

Datuk Bandar MBSA, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad inisiatif itu diambil, terutama kepada penunggang motosikal sempena menjelang musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

10984497_1008319439180466_956004464561458804_n“Topi keledar yang diberi kepada penunggang motosikal menukarkan topi keledar lama yang tidak mengikut piawaian keselamtan.

“550 unit topi keledar itu merupakan sumbangan SIRIM dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) yang menepati ciri keselamatan yang diluluskan,” katanya sewaktu edaran topi keledar percuma di Seksyen 18, Shah Alam, di sini, semalam.

Ahmad Zaharin berkata, kempen itu juga sebagai peringatan kepada masyarakat untuk menunggang dan memandu secara berhemah di jalan raya secara berterusan.

“Selain itu, Skuad PANTAS juga terus beroperasi 24 ja di sepanjang cuti perayaan demi kepentingan keselamatan masyarakat jika berlaku kemalangan tidak diingini,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-27 08:07:08 daripada Administrator

  •  
  • Print