Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Perbelanjaan rizab negeri RM3.6 bilion perlu patuhi prosedur

SHAH ALAM 23 JULAI: Peningkatan rizab simpanan negeri kepada RM3.654 bilion bukan bermakna ia boleh dibelanja sewenang-wenangnya tanpa prosedur.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman, berkata ia hanya boleh digunakan untuk belanjawan tahun hadapan dan perlu diluluskan di Dewan Negeri Selangor (DNS).

“Orang bertanya kenapa tidak digunakan deposit yang banyak ini untuk program? Dalam sistem belanjawan, sebarang peruntukan untuk tahun ini perlu diluluskan DNS tahun sebelumnya.

“Rizab akan dimanfaat tahun depan. Kita sudah rangka beberapa program baru selain memperkukuh program sedia ada dari segi peruntukan,” katanya kepada Selangor Kini.

Rizab negeri meningkat kepada RM3.654 bilion sehingga 30 Jun lalu berbanding RM1.3 bilion pada 2009, kenaikan melebihi 100 peratus berbanding 2009.

Peningkatan kutipan hasil negeri itu dibuat dalam tempoh setengah tahun, dengan hasil tertinggi dari premium tanah.

Mengulas kriteria permohonan peruntukan rizab simpanan, Noordin berkata ia perlu dilakukan melalui Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi cadangan program baru.

Katanya, rakyat berhak mencadangkan kepada exco atau jabatan berkaitan sebarang perkara yang kemudiannya akan diteliti di peringkat atasan.

“Rakyat tidak boleh mohon peruntukan daripada rizab secara terus untuk sesuatu program, sebaliknya perlu melalui Exco dan diteliti bersama Perbendaharaan Negeri.

“Kalau sesuai dan memberi manfaat kepada rakyat, kita boleh pertimbangkan untuk pelaksanaan,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-27 08:17:38 daripada Administrator

  •  
  • Print