Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

5,000 hadiri rumah terbuka Aidilfitri MBSA

SHAH ALAM, 28 JUL: Lebih 5,000 hadirin memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Bermula jam 10 pagi, majlis turut diserikan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang diiringi Datuk Bandar, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

MBSATimbalan Pengarah Korporat, Shahrin Ahmad berkata, majlis kali ini mengetengahkan konsep hijau.

“Antaranya kita menggunakan peralatan seperti mangkuk, pinggan dan sudu daripada plastik dan kertas serta bukan daripada bahan berunsurkan polisterin.

“Perhiasan khemah juga daripada bahan kitar semula selain penyediaan tong-tong kitar semula di sini,” katanya.

Tetamu kehormat dan orang ramai turut dihiburkan dengan artis tersohor tanah air, Jamal Abdillah yang mendendangkan tiga buah lagu.

Terdapat lebih 15 buah gerai dengan pelbagai juadah dan buah-buahan tempatan disediakan termasuk sate, ayam golek, rendang, ketupat dan sebagainya.

Pada masa sama, Ahmad Zaharin turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 anak-anak yatim.

Mereka merupakan penghuni di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bistari, Kampung Melayu Subang dan Pusat Pengurusan Al-Firdaus, Denai Alam.

Setiap rumah anak yatim turut menerima sumbangan RM2,000 masing-masing serta tong kitar semula.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-30 11:06:17 daripada Administrator

  •  
  • Print