Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MB: Kerjasama NAZA TTDI atasi miskin bandar

SHAH ALAM, 7 OGOS: Kerajaan Negeri menghargai usaha Kumpulan NAZA TTDI dalam pembangunan pembinaan rumah mampu milik bagi masyarakat berpendapatan rendah.

Dato’Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata akibat ekonomi dan kos sara hidup semakin tinggi menyebabkan permintaan rumah mampu milik bukan sahaja mendesak golongan berpendapatan rendah, bahkan permintaan semakin meningkat dalam kalangan kelas menengah.

“Kumpulan NAZA TTDI antara pemaju hartanah awal yang bertapak di Selangor.

naza3“Jalinan kerjasama bersama mereka adalah hasrat Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kemiskinan bandar dan membandarkan masyarakat desa,” katanya ketika pelancaran pembukaan ibu pejabat NAZA TTDI.

Azmin berkata, Kumpulan NAZA TTDI juga digalak mengambil peranan membiayai program latihan kemahiran dan teknikal serta profesional dalam kalangan belia.

“Ia bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda untuk turut sama berjaya seperti Kumpulaan NAZA dan tidak tenggelam dalam gelombang keusahawan, inovasi dan kemodenan teknologi.

“Saya berharap Kumpulan NAZA akan terus berkembang maju mencorakkan agenda pembangunan di Selangor,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-08-12 14:55:14 daripada Administrator

  •  
  • Print