Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PKNS Real Estate rai anak yatim & ibu tunggal

SHAH ALAM, 13 OGOS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Real Estate rai sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Badan Amal & Kebajikan Al Jauhar dan rakan perniagaan.

Pengurus Besar PKNS Real Estate, Fakru Radzi Ab  Ghani, berkata 20 orang yang dibawa badan Amal Al Jauhar terdiri daripada anak yatim dan ibu tunggal.

“Mereka juga turut menerima sumbangan duit raya  RM20 seorang untuk menggembirakan hati menyambut hari raya.

“Selain itu, rumah terbuka ini juga bertujuan mengeratkan silaturrahim antara staf PKNS Real Estate,” katanya kepada Selangor Kini.

Turut hadir memeriahkan majlis, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan, Amirudin Shaari dan YAM Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Fakru Radzi berkata, lebih 1,000 tetamu hadir dari pelbagai anak syarikat ke rumah terbuka PKNS Real Estate di Laman Kayangan Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7, di sini.

“Kami membawa pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti persembahan silat dan kompang.

“Di samping itu, persembahan muzik secara langsung dari kumpulan Gr8 Busker bagi menghiburkan lagi tetamu hadir,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-08-24 08:34:55 daripada Administrator

  •  
  • Print