Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

UNISEL setaraf IPTA, kemudahan lengkap

SHAH ALAM 24 OGOS: Ibu bapa menyifatkan Universiti Selangor (UNISEL) sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bertaraf institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Tanggapan itu dibuat berdasarkan kemudahan serta fasiliti yang disediakan di kedua-dua kampus UNISEL Bestari Jaya dan Shah Alam.

Ibu bapa ternyata berpuas hati dengan apa yang ada di UNISEL dan ia menjadi salah satu faktor mengapa mereka menghantar anak melanjutkan pengajian di universiti ini.

11933430_934964286579533_8960970671558084124_nKakitangan swasta, Sharmala Sivasamy, 56, berkata, dia menyifatkan UNISEL sebagai sebuah medan pembelajaran yang bagus.

Sharmala berkata, fasiliti yang ada sangat lengkap dan ia membantu para pelajar sepanjang pembelajaran.

Malah apa yang menarik perhatiannya adalah keadaan persekitaran UNISEL Bestari Jaya yang cantik dihiasai dengan pokok serta terdapat tasik.

“Memang tiada apa yang saya nak merungut kerana semuanya baik di sini. Persekitarannya sememangnya sangat sesuai untuk pembelajaran,” katanya ketika ditemui mendaftarkan anaknya di Bestari Jaya di sini.

Kakitangan kerajaan, Ramlee Nordin, 54, berkata, kemudahan asrama disediakan merupakan antara faktor dia mahu anaknya meneruskan pengajian ijazah di sini.

Ramlee berkata, dengan adanya asrama ia sangat memudahkan para pelajar untuk ke kuliah.

“Lagipun bila tinggal di asrama lebih selamat berbanding di luar seperti sebelum ini.

“Sekarang saya rasa lega terutama mengenai aspek keselamatan anak saya yang tinggal di dalam kampus,” katanya.

Guru, Siti Hawa Hashim, 30, berkata, dia berpuas hati kerana adiknya menetap di asrama kerana lebih menjimatkan.

Siti Hawa menyifatkan apa yang ditawarkan di UNISEL adalah teratur dan lengkap.

“Memang setaraf IPTA apa yang ada di sini dan saya sangat berpuas hati,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-08-25 08:22:53 daripada Administrator

  •  
  • Print