Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Anugerah Cemerlang Akademik bakar semangat 40 penerima

SUBANG, 31 OGOS: Subang Jaya Buddhist Association (SJBA) menyampaikan Anugerah Cemerlang Akademik kepada 40 pelajar yang mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan sempena sambutan kemerdekaan ke-58.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, berkata mereka adalah pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM dan peperiksaan lain.

20150831_090315“Tujuan anugerah diberi sebagai pembakar semangat untuk terus maju kerana mereka harapan negara pada masa depan. Seramai 11 pelajar STPM, 21 (SPM), tujuh (PT3), lima (UPSR) dan beberapa yang lain menerima anugerah hari ini.

“Walaupun bilangannya agak menurun berbanding tahun lalu iaitu seramai 100 pelajar tetapi ia tetap perlu diteruskan supaya dapat memberi kesedaran kepada mereka yang lain untuk terus berusaha dan berdaya saing,” katanya ketika sambutan kemerdekaan di SJBA, di sini, hari ini.

Hannah yang juga Adun Subang Jaya, berkata sambutan bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan dan kemerdekaan diikuti sesi memotong kek merdeka serta sambutan kelahiran ahli yang lahir pada bulan ini.

20150831_090128Di samping itu, Hannah juga menggalakkan penduduk Subang Jaya terutama pelajar untuk menggunakan kemudahan awam yang disediakan Kerajaan Negeri iaitu Bas Selangorku jika ada sebarang urusan di kawasan berkenaan.

“Dengan adanya perkhidmatan ini, ia dapat meringankan beban rakyat disebabkan kos sara hidup semakin tinggi dan mata wang yang terus menjunam.

“Selain itu, penduduk berpeluang mendapatkan khidmat rawatan kesihatan doleh KPJ Health Berhad di Klinik Wakaf An Nur (KWAN), Masjid Al Falah yang terletak di USJ 9,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-09-03 14:58:40 daripada Administrator

  •  
  • Print