Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Beg tangan kitar semula cipta rekod dunia

SUBANG, 4 SEP: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyampaikan Sijil Guiness World Record kepada Mostwell Sdn Bhd dengan kerjasama Puspanita MPSJ melalui pembuatan beg tangan terbesar di dunia.

Pengarah Perancangan Korporat MPSJ, Hamizun Mohd Basar, berkata pembuatan beg ‘Holdall’ yang berasaskan barangan kitar semula itu membantu mengurangkan iklan haram.

holdall 2

“Mostwell menyediakan 20 mesin jahit bagi menyiapkan beg secara berperingkat. Antara bahan yang digunakan adalah poster  dan kain rentang terpakai.

“Menariknya, Mostwell juga menghasilkan pelbagai bahan kreatif yang boleh dijadikan cenderamata dengan menggunakan bahan kitar semula,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Guiness World Record di The Place @ One City, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertuan MPSJ, Abdullah Marjunid dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk H.Harjeet Singh.

holdall 1

Beg berukuran 25 kaki panjang, 17 kaki 10 inci tinggi dan 9 kaki 11 inci lebar itu mendapat pengiktirafan Guiness World Record, pada 29 Mei lalu.

Pengasas Mostwell, Folly Chye Geot Lee, berkata pembuatan beg mengambil masa enam bulan membabitkan kos RM16 ribu yang disertai 1492 ahli Puspanita MPSJ, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

“Untuk program akan datang, kami dalam usaha memecah rekod menghasilkan sofa terpanjang di dunia menggunakan seluar jeans terpakai yang akan dihasilkan banduan di penjara,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-09-07 08:40:33 daripada Administrator

  •  
  • Print