Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PBT perlu cari tapak pelupusan sampah industri

PETALING JAYA, 6 SEP: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengenalpasti lokasi strategik di wilayah seliaan masing-masing untuk dijadikan lokasi pelupusan sisa industri dan binaan.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata ia bagi memastikan sistem pengurusan sampah lebih efisen selain mengelak berlakunya pembuangan sampah haram secara berleluasa.

MB Terjah sampah (13)

“Kita melihat keperluan mendesak untuk menempatkan sampah industri. Oleh itu, PBT digesa mengenalpasti tapak-tapak sesuai untuk menempatkan sampah binaan dan industri, bukannya dibuang di tapak haram.

“Ini kerana, pengurusan sampah merupakan agenda utama setiap PBT bagi memastikan keselesaan masyarakat yang juga pembayar cukai. Sebagai langkah awal, kita mengambil inisiatif membekalkan 3,000 tong sampah kepada semua PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pada PJ Half Marathon 2015, di Dataran Boulevard, di sini, hari ini.

Berdasarkan operasi terjah sampah yang dilakukan di Selayang dan Gombak, Mohamed Azmin mendapati pembuangan sampah haram semakin menular dan memerlukan undang-undang tegas bagi membendung perkara itu.

Menurutnya lagi, beberapa tanah sudah dirampas susulan aktiviti pembuangan sampah haram berdasarkan bukti kukuh yang diperoleh dan pemilik tanah didapati bersubahat dengan pengusaha sampah haram.

Katanya, tindakan itu terpaksa diambil memandangkan notis serta arahan sudah dikeluarkan dan Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi mengenainya.

MB Terjah sampah (1)

“Mulai tahun hadapan, satu sistem pengurusan sisa pepejal dan pemilihan kontraktor yang layak dapat dilakukan dengan lebih baik bagi memastikan aspek pengurusan sampah berjalan lancar serta terkawal.

“Kamar perundangan Kerajaan Selangor juga sedang menilai bentuk perundangan lebih tegas mengikut lunas Perlembangaan untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti pembuangan sampah haram,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-09-09 10:51:56 daripada Administrator

  •  
  • Print