Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM 8 SEP: Tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat setakat jam 9.00 pagi, hari ini.

Rujukan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar menunjukkan kawasan Nilai mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 137 diikuti Bukit Rambai (124), Port Dickson (116) dan Seremban (114).

Jerebu

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (109), Batu Muda (Kuala Lumpur) (114) dan Banting (108).

Beberapa kawasan lain seperti Tanah Merah, Tanjung Malim, Kangar, Keningau, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kapit, Limbang, Miri, Kuala Terengganu dan Labuan mencatat bacaan IPU baik.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-09-09 10:55:09 daripada Administrator

  •  
  • Print