Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Empat PBT perintis kajian sisa pepejal

SHAH ALAM, 10 SEP: Empat pihak berkuasa tempatan (PBT) dipilih untuk melaksanakan projek perintis mengkaji jenis sisa pepejal paling banyak dihasilkan isi rumah.

Antara PBT terlibat adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata kajian itu meliputi 250 unit perumahan, premis perniagaan dan komersial.

Seminar Beyond 3R SACC Elizabeth Wong dan MB (3)

“Kita lihat secara langsung daripada segi jenis dan kutipan sampah di mana setiap sisa pepejal itu akan dikumpulkan dalam satu beg plastik.

“Selain menyenangkan pengumpulan data, kita juga mahu mendidik pengguna tentang barangan boleh dikitar semula, contohnya jika kertas paling banyak dibuang, maka kita akan fokus untuk mengurangkan penggunaan bahan itu dan menyediakan fasiliti bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar ‘Beyond 3R : A More Sustainable Solution For Selangor Waste Management’ di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.

Katanya projek itu bermula pada September hingga Disember tahun ini dan dipantau Jawatankuasa Bertindak Sisa Pepejal Selangor yang dipegerusikan Exco negeri, Ean Yong Hian Wah.

Beliau berkata jika projek itu membuahkan hasil, maka ia diaplikasi di semua PBT untuk memastikan sisa pepejal dapat diuruskan dengan baik.

“Disebabkan data sedia ada tidak terperinci, maka kita gunakan pendekatan ini untuk memastikan semua masalah berkaitan sisa pepejal dapat diselesaikan.

“Jika kita melabur tekonologi yang kurang bersesuaian tanpa kajian, maka ia akan menjadi sia-sia,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-09-17 09:07:30 daripada Administrator

  •  
  • Print