Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sukses: Petaling terus dahului pungutan pingat

SHAH ALAM, 16 SEP: Kerancakan Sukan Selangor (Sukses) 2015 berterusan dengan atlet bersaing bagi merebut pingat dalam badminton, boling padang dan bola sepak yang dipertandingkan hari ini.

Berbaki lima hari, semua daerah meneruskan cabaran dalam temasya dwi-tahunan membabitkan atlet muda seluruh Selangor.

SUKSES

Dengan 147 daripada 602 pingat keseluruhan yang tinggal, kesempatan terbaik tidak akan dilepaskan atlet yang masih bersaing dalam acara masing-masing.

Badminton mempertandingkan acara berpasukan lelaki dan wanita berlangsung di Dewan Kelana, Kelana Jaya manakala boling padang di Kompleks Bilong Padang Bayuemas, Klang.

Acara bola sepak bersambung di Stadium MBPJ dan USJ 23.

Dalam perlawanan semalam, Kuala Langat mengalahkan Klang 3 – 2 manakala Hulu Langat menewaskan Sepang 4 – 2.

Juara Sukses 2013, Petaling mendahului pungutan pingat dengan 40 emas, 26 perak dan 33 gangsa, tentunya akan terus disaingi daerah lain hingga ke akhir.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-09-17 09:16:11 daripada Administrator

  •  
  • Print