Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

300 Orang Asal meriahkan Program Jalinan Kasih

KLANG, 29 SEP: Lebih 300 orang asal daripada seluruh Selangor hadir memeriahkan Majlis Jalinan Kasih Masyarakat Orang Asal yang julung kali diadakan.

Majlis anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) itu turut dihadiri kesemua 49 Tok Batin daripada 49 perkampungan Orang Asal.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa menyifatkan kehadiran baik itu sebagai komitmen tinggi masyarakat Orang Asal untuk terus maju.

“Tahniah dan syabas kepada semua yang hadir ke sini kerana bukan mudah untuk membawa semua terutama Tok Batin.

Majlis Jalinan Kasih Orang Asal anjuran MAIS di Hotel Premiere Bukit Tinggi Klang (4)

“Diharap majlis dan komitmen sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan sesama kita,” katanya kepada media.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis yang diadakan di Hotel Premiere di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Bakar Unus dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azlan Md Alifiah.

Selain JAKOA dan PKNS, majlis turut mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Kebajikan dan Pengurusan Islam Orang Asli Islam Selangor (PKPI).

Pada majlis sama, MAIS turut menyampaikan sumbangan Bantuan Bina Rumah kepada 10 saudara baru berjumlah RM450,000, Bantuan Pendidikan kepada 10 pelajar cemerlang (RM3500), Bantuan Mesin Rumput sebanyak 49 unit (RM47,000) dan Anugerah Ikon Masyarakat Orang Asli kepada 4 individu (RM4,000) menjadikan jumlah keseluruhan RM504,500.

Selain itu, PKNS turut memberi sumbangan Bantuan Baik Pulih Surau kepada 12 surau Orang Asal berjumlah RM60,000.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-05 15:42:46 daripada Administrator

  •  
  • Print