Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

ASEJ tekad cipta pemain bola berkualiti

SHAH ALAM, 6 OKT: Akademik Selangor Elite Junior (ASEJ) komited membentuk pemain bola sepak berkualiti dan berpotensi bagi mengangkat mutu bola sepak Selangor.

Presidennya, Shahril Arsat, berkata kewujudan akademik itu bukan sahaja mendedahkan pemain dengan sukan tersebut, bahkan mengembangkan bakat mereka dengan bimbingan komprehensif.

SHAHRIL ARSAT

“Ia terbuka kepada semua yang berminat. Setakat ini penyertaan dikelaskan kepada empat kategori iaitu 8, 10, 12 dan 14 tahun.

“Latihan dikendalikan tenaga jurulatih yang akan membentuk dan mengembang bakat pemain,” katanya kepada Selangor Kini.

Shahril berharap akademik bermula April lalu hasil kerjasama beberapa rakan bekas pemain skuad Selangor Elite mampu melakukan terbaik demi kebaikan bola sepak negeri.

Bekas pemain tengah Selangor era 90-an itu juga berazam memanfaatkan pengalaman dan kebolehannya untuk mengetengahkan bakat baharu dalam bola sepak tanahair.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-12 09:57:02 daripada Administrator

  •  
  • Print