SHAH ALAM, 13 OKT : Lembaga Zakat Selangor (LZS) melebarkan lagi sayap operasinya dengan pembukaan cawangan terbaru di Cyberjaya.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat LZS, Norajun Ainun Mohd Hashim, berkata cawangan ke-27 di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyber 4 itu bertujuan memudahkan masyarakat Islam di kawasan sekitar membuat urusan berkenaan zakat.
Katanya, selain perkhidmatan taksiran dan pembayaran zakat, cawangan itu juga memberi perkhidmatan agihan zakat kepada penduduk setempat.

“Waktu operasi bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala hari Jumaat pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.45 petang.
“Cawangan ini turut beroperasi pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang,” katanya dalam kenyataan.
Maklumat lanjut berkenaan zakat boleh diperolehi dengan melayari portal LZS di www.zakatselangor.com.my atau menghubungi talian Zakat Selangor 1-800-88-5353.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor
Kemaskini pada 2015-10-19 10:06:09 daripada Administrator