Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

UNISEL pecah rekod bina jalur gemilang guna 25,000 botol

SHAH ALAM, 19 OKT: Universiti Selangor (UNISEL) melakar satu lagi detik bersejarah dengan menempa nama dalam Malaysian Book of Records.

Baru-baru ini, bertempat di Tasik Shah Alam Seksyen 7, UNISEL mencipta rekod membina ‘Jalur Gemilang Terapung Terbesar dan Terpantas’ .

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Korporatnya, seramai 36 pelajar daripada Strangerz Dance Club UNISEL bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Tasotanini terlibat dalam menjayakan program ini.

UNISEL

Pengerusi Strangerz Dance Club, Ruben Raj, berkata tujuan program itu diadakan untuk membuktikan UNISEL turut mampu mencipta rekod negara.

“Ia juga sempena menghayati semangat cintakan negara ditonjolkan melalui program sebegini.

“Sebenarnya ia dirancang untuk bulan kemerdekaan lalu namun terpaksa ditunda ekoran sebab-sebab tak dapat dielakkan,” katanya.

Bendera terapung sebesar 100 kaki panjang dan 63 kaki tinggi itu menggunakan 25,000 botol plastik yang disiapkan hanya dalam masa tiga minggu.

Majlis dirasmikan Naib Presiden yang juga Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin dengan disaksikan Presiden dan juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad dan Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari.

Dalam program itu juga, seramai 400 orang menyertai Eco Friendly Fun Run sejauh 5.5 kilometer yang bermula di UNISEL dan berakhir di Tasik Shah Alam.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-19 10:17:35 daripada Administrator

  •  
  • Print