Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

RM7 juta diperuntuk MBSA bina kemudahan sukan

SHAH ALAM, 21 OKT: Sebanyak RM7 juta diperuntukkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk membina kemudahan sukan selaras dengan hasrat mengamalkan gaya hidup sihat.

Datuk Bandar MBSA, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata projek pembangunan sukan yang sedang dirangka adalah membina dan menyiapkan kompleks sukan komuniti di sekitar kawasan pentadbiran MBSA.

mbsa

“RM4 juta diperuntukkan untuk pembinaan kompleks sukan komuniti di Seksyen 19, Shah Alam dan Projek Pembinaan Stadium mini Paya Jaras sebanyak RM3 juta.

“Dengan pembinaan kemudahan sukan itu, MBSA berharap lebih banyak aktiviti sukan diadakan disamping dapat mengelakkan generasi muda dari terjerumus ke pengaruh negatif,” katanya.

Disamping itu, katanya, terdapat beberapa projek lain juga yang bakal dilaksanakan MBSA termasuk mereka bentuk dan membina sebuah Dewan Bankuet di Seksyen 13 dan menambakbaik kualiti air Taman Tasik Shah Alam.

“MBSA juga dalam usaha membina gerai di beberapa kawasan antaranya di Seksyen 20, Seksyen U10 dan membina Kompleks Perniagaan Moden Enam Tingkat di Paya Jaras,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-27 08:50:38 daripada Administrator

  •  
  • Print