SHAH ALAM, 15 NOV: Projek Rangsangan Sukan Selangor (RSS) yang diterajui oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Peransang Selangor) mendapat penyertaan seramai 1,500 remaja.
Presiden Kelab Sukan dan Rekreasinya (KELAB), Mohd Fauzi Mohd Ghazali, berkata daripada jumlah itu, seramai 250 peserta dipilih untuk digilap mengikut jenis sukan ditetapkan.

“Penyertaan sangat menggalakkan setakat ini. Kita dapat banyak penyertaan.
“Kita bekerjasama dengan persatuan dan sekolah bagi pencarian bakat muda melalui Kem Pembangunan Bakat Sukan dan Pasukan Sukan Elit,” katanya kepada SelangorKini.
Mohd Fauzi berkata, remaja terbabit digilap daripada ‘sifar’ menjadi seseorang yang cemerlang.
“Kita melatih mereka melalui jurulatih profesional. Usaha membangunkan remaja ini berjaya kerana ada diantaranya berjaya mewakili Malaysia dalam beberapa pertandingan,” katanya.
Beliau berkata RSS akan diteruskan pada tahun depan dengan peruntukkan yang akan diumumkan kelak.

Tahun lalu, Perangsang Selangor anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), menandatangani Memorandum Persefahaman dengan lima buah kelab sukan untuk melaksanakan RSS bernilai RM1.8 juta.
Lima buah kelab sukan terlibat, termasuk Kelab Boling Seintak (boling), Sukan J World (badminton), Sekolah Renang Supersharkz (renang), Persatuan Lumba Basikal Selangor (lumba basikal) and Sukan Munro (bola sepak).
Perlaksanaan Kem Pembangunan Bakat Sukan merangkumi pemilihan, latihan dan pembangunan ahli sukan muda berumur di antara 9 sehingga 12 tahun oleh
jurulatih profesional di Selangor.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor
Kemaskini pada 2015-11-16 08:54:43 daripada Administrator