Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tokoh Warga Emas Selangor milik jaguh basikal era 60-an

SHAH ALAM, 17 NOV: Bekas pelumba basikal negara, Shaharudin Jaffar dipilih sebagai Tokoh Warga Emas peringkat negeri Selangor 2015 atas sumbangannya mengharumkan nama negara.

Shaharudin, 75, dilahirkan di Perak dan dibesarkan di Sungai Pinang, Klang mempunyai Sarjana Pengurusan Sukan di Cardiff, United Kingdom pada 1973.

Bekas pelumba basikal negara era 60-an itu merupakan pemenang pingat emas pertama negara pada Sukan SEAP 1965.

Shaharudin Jaffar

Shaharudin ketika dihubungi melahirkan rasa hiba atas penghargaan yang tidak dijangka kerana pengorbanannya belum pernah disanjung sebelum ini.

“Saya berkecimpung dengan sukan basikal sejak berusia 16 tahun sehingga sekarang. Sunggupun tidak aktif tetapi saya masih menjadi perunding kepada beberapa persatuan dan kelab untuk memajukan aktiviti sukan,” katanya kepada SelangorKini.

Shaharudin berkata, sokongan daripada isteri menjadi dorongan kepadanya untuk aktif dalam sukan walaupun faktor usia menjadi halangan.

“Saya amat berminat untuk majukan sukan cuma faktor umur dan kesihatan isteri sedikit membataskan niat itu.

“Insyaallah jika diberikan kesihatan yang lebih baik, saya akan teruskan usaha untuk melihat generasi muda maju dalam bidang ini,” katanya.

Shaharudin juga merupakan Presiden Persatuan Berbasikal Masters Malaysia, ketika ini. Beliau juga pernah mewakili negara Sukan SEAP di Yangon pada tahun 1969.

Beliau juga merupakan bekas Setiausaha Persekutuan Lumba Basikal Malaysia (PLBM).

Dalam sambutan itu beliau membawa pulang wang tunai RM1,000, sijil dan plak.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-20 08:29:02 daripada Administrator

  •  
  • Print