Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Mangsa banjir puji tindakan pantas Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 19 NOV: Tindakan pantas Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan kepada tiga kawasan di daerah Kuala Selangor terlibat banjir dipuji.

Penduduk, Sanah Jahiri, 66, berkata beliau panik apabila menyedari air mula memasuki rumah sekitar waktu senja.

SANAH JAHIRI

“Air naik terlalu cepat, kami hanya sempat mengemas mana penting sebelum kami sekeluarga menyelamatkan diri.

“Alhamdulillah, syukur atas sumbangan dan keprihatinan Kerajaan Negeri sudi membantu kami meringankan sedikit beban,” katanya.

Baru-baru ini, Lebih 132 keluarga Ladang Tuan Mee, Parit Mahang dan Masjid Simpang 3 Jeram terlibat banjir menerima bantuan ehsan daripada Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM250 kepada setiap keluarga terbabit bencana banjir di negeri itu. Peruntukan sekali setahun itu membolehkan mangsa menerima bantuan kewangan segera selain keperluan lain.

Selangor Kini, difahamkan sumbangan tersebut akan disampaikan sendiri oleh Dato’ Menteri Besar, Mohammad Azmin Ali kepada mangsa banjir dalam masa terdekat.

Penduduk, Jamin Bero, 60, berharap masalah parit dan saliran punca banjir dapat diselesaikan dengan tindakan sewajarnya supaya perkara sama tidak berulang.

JAMIN BESO

“Saya berharap pihak bertanggungjawab dapat mengorek parit tersebut supaya laluan air dapat berjalan dengan lancar,

“Hasrat Kerajaan Negeri memberi sumbangan ehsan amat kami hargai kerana banyak peralatan rumah yang rosak dan memerlukan kos untuk baik pulih” katanya.

Kerajaan Negeri menerusi Skuad Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) juga turun ke semua lokasi terlibat banjir bagi menjalankan operasi pembersihan dan mengagih makanan.

Sementara itu, Penduduk, Ahmadi Kasmawi, 59, berkata kejadian banjir di kampungnya bukan pertama kali, namun kali ini agak kritikal.

“Dulu pernah naik juga tetapi kali ini paras air tinggi. Terima kasih kepada Skuad PANTAS yang banyak membantu kami membersihkan rumah dan peralatan lain,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-20 08:35:26 daripada Administrator

  •  
  • Print