Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pembangunan tanah wakaf diluluskan Fatwa Selangor

SHAH ALAM, 2 DIS: Pembangunan perumahan Taman Impian Kasih diusahakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Jalan Kebun, di sini mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Selangor.

MAIS menerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menjalankan perbincangan bersama Jawatankuasa Fatwa Selangor supaya tidak timbul sebarang masalah berhubung pembangunan dijalankan di kawasan itu.

Wakaf MAIS

Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Abu Bakar Yang, berkata hasil perbincangan itu membuahkan keputusan positif dan ia menjadi projek perintis terhadap pembangunan tanah wakaf lain di Selangor selepas ini.

“Tanah wakaf tidak boleh dijual beli, diwarisi dan dihadiahkan. Apabila kita bangunkan rumah atas tanah ini, kita pajakkan sahaja dan mendapat persetujuan Jawatankuasa Majlis Fatwa Selangor.

“Jawatankuasa itu menyatakan kalau pembangunan tanah wakaf contohnya untuk perumahan ia dibuat secara pajakan sahaja,” katanya dalam sidang media di sini, pada 1 Disember lalu.

Beliau berkata, penyerahan tanah kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk pembangunan jalan raya, lampu dan sebagainya di dalam kawasan perumahan itu juga dibenarkan iaitu selagi mana nilai pembangunan melebihi daripada harga tanah.

Pembangunan itu diusahakan PWS dan Nada Sepakat Corporation (M) Sdn Bhd (Nada Sepakat) di kawasan seluas enam ekar melalui perkongsian pintar demi mengukuhkan institusi wakaf, mempertingkatkan status sosio-ekonomi umat Islam dan mempastikan amal jariah penderma dipanjangkan ke akhir hayat.

Nada Sepakat merancang membina satu komunti ekskusif dengan 56 unit rumah berkembar dua tingkat berkeluasan 1,476 hingga 2,032 kaki persegi.

Projek dijangka siap pada Jun 2017 mengaplikasikan konsep Al-Ijarah (pajakan) bagi tempoh 99 tahun untuk pembeli beragama Islam dengan kadar harga rumah daripada RM495,936 hingga RM772,160.

Tanah itu diwakafkan Almarhum Abdul Rahman Arshad pada 1972 untuk tujuan umum bagi manfaat Surau Al-Falah Telok Pulai, Klang.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-07 08:57:11 daripada Administrator

  •  
  • Print