Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Selangor Smart Home Buyers ringan beban rakyat

SHAH ALAM, 3 DIS: Kerajaan Negeri mewujudkan skim ‘Selangor Smart Home Buyers’ dalam usaha meringankan beban rakyat.

Exco Perumahan, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata melalui skim itu Kerajaan Negeri akan membuat pendahuluan bayaran deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli Rumah Selangorku.

“Peruntukan RM10 juta bakal dinikmati lebih 1,000 pembeli melalui Bajet Selangor 2016.

IMG_1822

“Ia bagi memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang amat memerlukan,” katanya ketika perasmian Seminar Rumah Selangorku dan Akta Pengurusan Strata (Akta 757), di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kualiti kehidupan komuniti perumahan strata seperti Skim CERIA (Caring Government for Residence Improvement Aid), SAFWA (Selangor Free Water) dan Kursus Format Kurikulum Pengurusan Bangunan Strata (FOKUS).

“Selain itu, Kerajaan Negeri turut wujud Skim Pengenalan Pengurusan Kehidupan Strata (SKORA), Kelab Interaktif Komuniti (KLIK) dan Skim Keselamatan Kejiranan (SEROJA).

“Kita berhasrat program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana ia bakal memberi manfaat kepada semua,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-07 08:58:37 daripada Administrator

  •  
  • Print