Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Khusrin: Terima kasih Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 16 DIS : Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi hari ini bersara wajib daripada perkhidmatan awam selepas lima tahun menjawat jawatan itu.

Beliau mula bercuti esok sebelum secara rasmi bersara sebagai penjawat awam pada 3 Januari 2016.

Mohammed Khusrin mengucapkan terima kasih atas kerjasama baik daripada semua penjawat awam sepanjang berkhidmat hampir 30 tahun di Selangor.

KHUSRIN SARA

“Saya harap semua akan berjalan lancar dan Kerajaan Selangor dapat meneruskan hubungan baik bersama pihak istana dalam melaksanakan program negeri.

“Saya juga berharap pengganti saya dapat memberi kerjasama dan mewujudkan hubungan baik supaya kita dapat mencapai misi Kerajaan Negeri sebagai ‘smart state’,” katanya pada majlis perpisahan di Bangunan SUK petang tadi.

Dalam majlis itu, Mohammed Khusrin diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammed Azmin Ali dan bersalaman dengan penjawat awam sebelum meninggalkan pejabat buat kali terakhir.

Beliau juga memaklumkan tiada perancangan khusus setakat ini selepas bersara, sebaliknya akan menghabiskan cuti dengan berehat.

Menyentuh calon penggantinya, Mohammed Khusrin berkata, seramai sembilan nama dicadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setakat ini sebelum senarai pendek dikeluarkan.

KHUSRIN SARA 1

“Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan umumkan dan setakat ini ada sembilan calon, namun hanya dua yang akan disenarai pendek.

“Saya tahu siapa (pengganti) tetapi saya tidak boleh dedahkan,” katanya.

Mohammed Khusrin mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 1986 dan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai SUK Selangor pada 2011.

Sebelum menjawat jawatan itu, beliau adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-22 15:01:04 daripada Administrator

  •  
  • Print