Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Wifi Selangorku kurangkan kos perbelanjaan internet

PETALING JAYA, 18 DIS: Perkhidmatan Wifi Selangorku memberi manfaat kepada orang ramai selain mengurangkan kos perbelanjaan perkhidmatan internet.

Ia juga sebagai salah satu inisiatif untuk rakyat mendapatkan informasi serta sumber ilmu dalam melahirkan masyarakat berpendidikan selari dengan perkembangan teknologi tinggi.

IMG_2686

Peniaga, Rohaya Sakari, 31, berkata dengan kemudahan internet percuma itu akan dapat mendedahkan masyarakat kepada persekitaran luar walaupun di tempat yang jauh.

“Wifi percuma ini akan membantu ramai masyarakat yang berpendapatan rendah khususnya pelajar.

“Ia juga dapat mendedahkan masyarakat yang berpendapatan rendah kepada dunia perniagaan secara atas talian dan meningkatkan pendapatan mereka,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Sementara itu, jurutera, Mohd Nor Ansori, 43, berkata dengan wifi percuma beliau berpeluang mendapat informasi terkini dengan lebih cepat dan ‘up to date’.

“Adakala, kita tiada masa nak beli surat khabar atau tengok berita disebabkan masa kerja yang terhad dan komitmed bersama keluarga.

“Adanya wifi percuma di beberapa kawasan di Selangor, maka lebih mudah untuk kita mendapat berita semasa bukan sahaja di Malaysia, malahan di luar negara,” katanya.

IMG_2699

Pelajar, Azli Aznan, 15, berkata, beliau tidak perlu mengeluarkan kos perbelanjaan untuk membeli data internet selepas wujudnya wifi percuma yang lancarkan, baru-baru ini.

“Sebagai pelajar, kita tidak ada pendapatan untuk bayar kos internet setiap bulan. Wifi percuma ini sangat meringankan beban kami, di samping kelajuannya juga pantas dan mudah di akses.

“Selain itu, ia beri saya peluang berhubung dengan rakan dan saudara yang tinggal berjauhan,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-22 15:08:18 daripada Administrator

  •  
  • Print