Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Rumah Selangorku di Bangi, RMM pertama di Malaysia

SHAH ALAM, 21 DIS: Projek perumahan pertama di negara ini yang berkonsepkan kediaman selesa pada harga berpatutan dengan menggunakan terminologi ‘rumah mampu milik (RMM)’ dibina di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata projek perumahan Rumah Selangorku yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu dilancarkan pada Jun 2011.

YB Iskandar 1

“Ini membuktikan Selangor sentiasa selangkah di hadapan dalam menjaga kesejahteraan rakyat termasuklah dalam membina rumah mampu milik untuk rakyat juga kita yang pertama bina,” katanya kepada Selangor Kini hari ini.

Pada Jun 2011, Kerajaan Selangor menjadi kerajaan pertama melancarkan RMM di negara ini apabila melancarkan projek Rumah Selangorku membabitkan 124 unit kediaman di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Unit kediaman RMM di Bangi itu pada awalnya ditawarkan kepada warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan sebanyak 40 peratus lagi ditawarkan kepada golongan muda berumur kurang 35 tahun yang belum memiliki kediaman sendiri.

bukit botak rumah asri 01

Ia merupakan merupakan antara 1,682 yang berjaya disiapkan Kerajaan Negeri pada 2013.

Dua projek lagi yang turut disiapkan adalah 136 unit di bandar Sungai Long, Kajang dan 1,422 unit di Bukit Botak, Selayang pada 2013.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-22 15:14:50 daripada Administrator

  •  
  • Print