Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tiga tanjakan haram ganggu petak pakir dimusnah

SHAH ALAM, 1 JAN: Sebanyak tiga unit tanjakan (ramp) tanpa kebenaran yang menghalang petak pakir dipecahkan dalam Operasi Pecah Tajakan Haram di Seksyen 32, Shah Alam baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat & Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata penggunaan petak pakir tanpa kebenaran untuk tujuan perniagaan merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133).

MBSA-Shahrin Ahmad

“MBSA menggunakan sebuah jentera ‘excavater’ untuk menanggalkan tanjakan tersebut.

“Operasi itu melibatkan 13 orang kakitangan daripada Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penguatkuasaan dan Bahagian Korporat & Perhubungan Awam,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, pemilik premis yang ingin menggunakan petak pakir bagi tujuan perniagaan, perlu membuat permohonan sewaan daripada pihak MBSA terlebih dahulu.

MBSA OPS PECAH TANJAK

“Tindakan tegas termasuk memecahkan tanjakan akan dikenakan kepada pemilik premis yang ingkar.

“MBSA juga telah mengenalpasti 20 kategori perniagaan yang boleh memohon sewaan tempat letak kereta khas untuk tujuan perniagaan,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkenaan sewaan petak letak kereta khas, orang ramai boleh menghubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-5522 2882.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-05 08:54:45 daripada Administrator

  •  
  • Print